PETHERINE J

Tuesday, April 18, 2006

KURSUS PARATAKSONOMI SEMUT

Oleh Petherine Jimbau dan Prof. Datin Dr. Maryati Mohamed

Satu kursus parataksonomi semut telah diadakan pada 1 – 8 hb Disember 2005 yang lalu bertempat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kursus ini bukan sahaja telah menarik minat peserta dari dalam negara malah peserta dari luar negara turut berminat untuk mengikuti kursus ini. Seramai 12 orang peserta telah mendaftar untuk mengikuti kursus ini di mana tujuh daripada mereka adalah peserta dari negara kita Malaysia, dua orang dari Thailand, seorang dari Sri Lanka, seorang dari Indonesia dan seorang lagi adalah peserta dari Iran. Seramai enam orang pakar semut telah diberi tanggungjawab untuk mengajar kursus ini. Mereka adalah Prof. Datin Dr. Maryati Mohamed dan En. Bakhtiar Effendi Yahya dari Universiti Malaysia Sabah, Dr. Rosli Hashim dari Universiti Malaya, Dr. Yoshiaki Hashimoto dari University of Hyogo/Museum of Nature and Human Activities, Hyogo, Prof. Kazzuo Ogata dari Kyushu University dan Dr. Katuya Eguchi dari Kagoshima University. Kursus ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta mengenai (i) Teknik pengumpulan spesimen semut di lapangan, (ii) Teknik untuk ‘mounting’ spesimen semut, dan (iii) Kemahiran untuk mengenalpasti genus dan spesies bagi semut ‘Identification’. Untuk mencapai objektif ini, para peserta telah dibawa ke Hutan Simpan Ulu Gombak untuk membuat kerja lapangan, manakala kerja-kerja makmal telah dilakukan di Universiti Malaya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home